Konsert Malam Sejuta Kata [G]

08 Jun 2024 (Sat)

$98.00 - $228.00

Konsert Malam Sejuta Kata [G]

08 Jun 2024 (Sat)
Concert
14 Views

Date and Time

08 Jun 2024 : 20:00 - 22:00


Location / Links

Capitol Theatre


$98.00 - $228.00

14 Views

Event Details

Konsert "Malam Sejuta Kata" adalah sebuah pementasan istimewa daripada barisan seniman dari Singapura dan Malaysia, seperti Diana Nazyra, Hazrul Nizam, Dhwan Abu, Bob Yusof, dan Faizal Tahir. Barisan artis berikut terpilih atas dasar pengelolaan distribusi lagu mereka yang datangnya daripada syarikat yang sama, iaitu Alternate Records & Talents.

HMA Entertainment menyelenggarakan acara untuk memberikan penghormatan terhadap ilham yang dihasilkan serta pengorbanan karyawan dan seniman di balik layar. Khususnya, Zaharian Osman dan Allahyarham Zaidy Nandir yang dahulu aktif dalam memajukan seni dikir barat di Singapura.

Dalam acara yang sama, HMA Entertainment akan meluncurkan lagu terbaru mereka yang bertajuk “Puteri Gunung Warisan II”, hasil penulisan Allahyarham Zaidy Nandir yang tidak sempat diterbitkan. Lagu ini akan dinyanyikan secara langsung oleh sekumpulan Tok Juara dari arena seni Dikir Barat Singapura seperti Elfee Ismail (MakYong Kedek), Mohd Noor (22 Andir Purba), Nazri Minhad (Kelana Purba) & Muhd Hakim (Durbar Dua).

Turut memeriahkan lagi pementasan malam itu HMA Entertainment tidak lupa menjemput anak-anak Allahyarham R Ismail; Elfee Ismail & Iskandar Ismail untuk mempersembahkan lagu-lagu ayah mereka. Seniman cilik tanahair Singapura - Ainul Yaqin - juga pemenang “Juara Mic Junior” akan ikut bersama dalam pementasan konsert “Malam Sejuta Kata”.

Konsert gah ini adalah satu hasil kolaborasi arahan hebat melibatkan Reyza Hamizan, penyanyi & pengurus syarikat 6 Strings Studio bersama Bobby Abdul Karim selaku Ketua Pegawai Kandungan dari pihak HMA Entertainment.

Gabungan yg diurus pengarah utama Puan Hilwah Brown dari HMA Entertainment merupakan langkah penting dalam membangkitkan kembali semangat industri musik nusantara dan memperkuat kerjasama antara para seniman dari dua negara

Admission Rule

Rating / Age LimitRating: GeneralNo admission for infants in arms and children below 4 years oldChildren 4 years and above must purchase ticket for entryAdmission is subject to tickets produced at the entrancePhotography / Video Recording RulesProfessional Photography and Videography are not allowed for this event.

Be The First To Catch the Hottest Events

Why settle for the ordinary?

Don't wait in line. Get the newest and hottest event updates sent to you!